Monday, February 8, 2010

LIST #6 : 15 simple ways to be happier in 2010

DEDICATED TO SELF-PROCLAIM-AKAK-LAHAR!


by Intent.com


"Very little is needed to make a happy life; it is all within yourself, in your way of thinking." ~ Marcus Aurelius Antoninus



With Marcus Aurelius Antoninus' quote in mind, I invite you to explore these 15 Simple Ways to create happiness in 2010!


1. Be your own BFF (best friend forever). Enjoy your own company. Embrace everything about you! Without a doubt, it's the most important step towards being a happy person.


2. Smile, giggle, snicker, or chuckle! Smiling releases serotonin in the brain, which instantaneously gives your mood a lift.


3. Dream big in every area of life. Set your life in motion and manifest your heart's desire.


4. Shut the doors and the windows tight! And then put on your favorite song and sing out loud. Let it rip!


5. Cook a healthy, delicious meal. Serve it up pretty and savor the flavor, one bite at a time.


6. Expect a miracle. Believe that something wonderful will happen for you today. The universe is waiting to shower happy blessings on you.


7. Meditate, pray and chant. Research shows that people who are spiritual tend to be happier and healthier than those who are not.


8. Pull up your best pair of warm socks. Wiggle your toes and enjoy a cozy kind of bliss.


9. Sleep baby sleep. Seven or eight hours each night should increase your energy and decrease your moodiness.


10. Count your blessings daily. Gratitude, the emotion of thankfulness, is one of the key ingredients for living a happy life. Make gratitude a habit and happiness will be yours.


11. Wake up early! Start the day off on a happy foot, with a happy thought. The morning hours are full of spiritual energy and prana (life force).


12. Let the sun shine in. 20 minutes of sunlight per day improves mood and wards of Seasonal Affection Disorder (SAD).


13. Take a hot bath. Feel the tension melt away as you sink into a pool of happiness.


14. Say "Good Job!" Give yourself permission to pat yourself on the back. Recognize your accomplishments and positive qualities.


15. Happiness is contagious! Surround yourself with happy, positive people who share your values, your goals and dreams [which is me]

ADEQ LAHAR cuti BERANAK seminggu!


HI UALL!!!!!!


ampun di pinta sebab dah seminggu adeq tak ke udara melayarkan ayat2 puaka dan lahar ke seantero pelusuk Mesia. adeq tengok adeq seminggu tak ke udara macam takde orang rindu pon. nie adeq nak bersara awal nie. adeq kecewa. peminat tak support adeq....



adeq minggu lepas memang SANGAT2 PENAT nak MATI. adeq menjadi anak solehah menjaga abah adeq di hospital. dia ade surgery. maintainence kepada the last surgery yang die buat utk mata die yang dah kabur. tapi adeq amat happy sebab adeq dapat naik public transport dengan abah adeq lepas surgery masa nak balik umah. die kata ok jer. takde masalah nak naik public transport instead of naik cab all the way. kami naik komuter and Putra LRT sama2. ala2 father-son day out gitu. son ker? hahahahah! but i like. bonding gitu. adeq macam bawak abah adeq tour KL. die bukan biasa naik tren nie.



pas jaga abah adeq kat hospital adeq sebok menjadi buruh kasar.mencari wang demi menyara hidop yang papa kedana ini. penat nak mampos lagi sekali. yelah adeq dah lama gila tak berkerja keras macam nie. last adeq kerja 7BULAN LEPAS! lama adeq berehat kat umah ala2 anak raja selama nie.bila start keje balik ha,takde tenaga dah nak buat kerja2 lain. adeq bukan berkenan sangat pon nak kerja2 buruh nie. adeq terpaksa uall. banyak sangat wedding kawan2 adeq kat seantero MESia tahun nie. so nak pergi semua tue bukan boleh pakai kechantekkan adeq ajer.kena pakai duit uall! sorang kat perak, sorang kat kedah, sorang kat johor, sorang kat terengganu. adeq nie kalau artis and setiap kali kawan adeq kawen pastu jemput adeq menyanyi kat kawen derang-FUHHH! mesti adeq dah kaya raya ala2 Kh*r T*yo masa die TERguna duit rakyat pergi Disneland dulu. OPPSSS! so disebabkan adeq nak jugak pergi kenduri2 kawen kawan adeq nie, adeq terpakalah berkerja keras jadi suruhan orang. nak jadi sundal kat Lorong Haji Taib and Chowkit dah penuh. ha, terpaksalah kerja buruh.



lagipon adeq dah lama sangat tak shopping uall. lama dah takde baju baru and BAG baru. adeq tak sanggup hidup macam nie! adeq nak shopping! tue yang berkerja keras tue. meskipon gaji sket tapi adeq tetap berjuang demi anak2. hahahahahaha!



pastu, wiken plak adeq dari jumaat malam sampai ahad malam sebok dengan futsal-lah, karaoke-lah, main pool-lah, hang out lah, tengok bola-lah [banyak sungguh activiti2 jejan kan..adeq semakin jejan lah uall...hahahahah!]...sebok sangat sepanjang wiken...isu negara nie.hahahahha.makin tak sempat nak update finkelberry nie. so adeq konsider cuti beranak lah seminggu lepas....


minggu nie adeq dah stabil sket. so, WELCOME BACK ADEQ LAHAR!


p/s: adeq nak dedicate gambar2 lepas nie kat self-proclaim-akak-lahar atas kesah sedih yang menimpanya baru2 nie. lupakan kesedehan. be happy! sabarlah akak. nnt adeq tolong ngoratkan sekali ustad tue. tapi kalau2 sangkut kat adeq and adeq terpaka tukar nama jadi ustazah lahar adeq tak jamin! HAHAHAHHAHAHAHAHHA!

ENJOY!!!!!



Thursday, January 28, 2010

GENG KANCIL PUTEH: Chapter 2; MIRC dan TV



Hari Selasa petang memang membosankan kalau tak ke mana2 dan hanya bergantung pada TV sahaja untuk memenuhi masa yang ada. Melainkan kalau kat rumah ada internet atau ASTRO. Mungkinlah kurang sikit bosannya. Kalau ada internet boleh gaklah berchatting kat MIRC kat channel #kampung ke #mamak ke atau channel2 private yang dibuka untuk ahli2 group saja. Sepatutnya dan biasanya bila masuk channel2 macam #kampung ke # mamak ke adalah sebab nak kenal orang baru. Konon2nya nak berkenalan lah, jadi penpal lah, nak cari kawan yang berkongsi minat yang sama lah. Katanya. Chit, porahh! Jelas dan nyata kebanyakkan yang masuk tue adalah sebab nak cari boyprend/girlprend atau saja nak cari scandal atau lebih teruk cari online-sex-buddy. Hanya beberapa kerat jer yang ikhlas yang hingga kini masih diragui ada ke tak sebenarnya orang camni.

Kalau masuk MIRC pastu masuk private channel contohnya satu batch kat sekolah dulu ke atau satu geng kat sekolah dulu ke atau kelab rahsia ke, hanya akan jadi best kalau ahli2 dalam channel chat tu ramai. Kalau takde orang camne? Kita je yang ada dalam channel chat tue, nak chat dengan siapa? Sorang2? Gila ke ape. Dan kadang2 kalau ada orang pon, orang yang sama macam semalam masa kita online. Nak sembang pasal apa lagi, semalam dah habis sembang dah semua benda. Itupun kalau yang muka sama tue kita rapat atau geng kita, kalau kawan yang kita sembang pun seminggu sekali je kat sekolah dulu camne? Kelam kabut offline, takut mamat tue buzz kita. Kan?

Kadang2 ada ASTRO kat rumah pun belum tentu kita dapat tengok cerita yang kita nak tengok. Kalau kita je ada kat rumah takpe, nie adik beradik sahaja setengah team bola. Semua nak tengok cerita masing2. TV kalau ade setiap seorang takpe jugak, nie ada satu je kat ruang tamu. Paling kuat pun 2 TV, satu kat ruang tamu satu lagi kat bilik tidur utama: bilik tidur parents. Kadang2 terfikir, adik beradik yang lain ni tak pergi sekolah ke, pelik. Ada juga yang anak tunggal tapi tak dapat nak tengok TV juga. Sebab apa? Sebab mak kita yang juga suri rumah tangga dah booked siap2 TV tu dari pukul 11pagi sampai sekurang2nya pukul 8malam nak tengok cerita2 bersiri/sinetron/telenovela yang dia tengok tanpa miss setiap hari. Daripada cerita Melayu, Cina, Hindustan, Indon, Venezuela, Philipine, Korea, semua ada. Jangan dikacau rancangan TV dia, mau mengamuk nanti kalau2 terlepas satu episode. Tak pandai2 gak cakap bahasa lain tak tau lah. Kononnya nak bangun tidur terus buka TV, masa mak tengah buat kerja rumah lagi so dapatlah kita menguasai TV. Hampeh. Bangun tidur pun pukul 12tengahari, mak dah terpampam depan TV dah pun. Misi gagal.

Lain pula bagi Fi. Rumah dia takde ASTRO mahupun internet, maka dia bergantung harap untuk menghilangkan kebosanan hanya pada channel TV percuma. Dia bukan sahaja hafal waktu2 rancangan kegemarannya tapi oleh kerana kebosanan tanpa apa2 nak dibuat lepas SPM, semua intisari rancangan dia hafal. Yup, semua! Keluarga Fi memang bergantung sepenuhnya pada TV untuk hiburan. Melancong hanya setahun sekali, itupun kalau kawan2 baik abahnya mengajak mereka sekeluarga bercuti bersama. Jarang Fi sekeluarga pergi bercuti hanya mereka. Nak keluar berekreasi, memang taklah kan. Balik kampung hanya bila ada sebab seperti Hari Raya. Thank God kata Fi. Oleh sebab itu mak dan abahnya tak boleh nak kata apa2 bila anak mereka yang dah lama tak menikmati TV sebab sebelum ni Fi bersekolah di sekolah asrama dan tak ada apa nak dibuat tercangak depan TV selalu.

Dan mereka dah sedia ada maklum rancangan2 yang MESTI di tonton oleh Fi mengikut waktu2 yang tertentu. Fi tak sabar2 nak tengok cerita bersiri Jepun; LOVE REVOLUTION yang ditontonnya setiap episode kat TV setiap hari Selasa dan Khamis pukul 4.30petang. Tak pernah miss lagi satu episode pun. Jam dah pukul 4.25petang, Fi dah terpampam depan TV. Abahnya sekejap lagi akan pulang dari kerja, maknya pula kat dapur. Semua dah ready.

Cerita pun start betul2 pukul 4.32petang lepas Berita Terkini. Elok jam 4.35petang tiba2 telefon rumah berbunyi. Siapa pulak nie. Akulah nak kena angkat. Mak kat dapur. Sebok je. Fi cepat2 bangun dari depan TV nak pergi angkat telefon tapi matanya tak berubah arah dari kaca TV.


“Helo. Nak cakap dengan sape?”

“En. Fi ada?”

“Ha, Fi nie. Siapa tue?”

“Kau tengah tengok TV erk?”

“Flash? Kau kat mana nie?”

“Tengah makan pisang goreng...kat depan rumah kau”

“Depan rumah aku?” sambil menjenguk ke luar. “Mana ada.”

“Kat taman depan rumah kaulah”

“Ha, nampak2. Nak apa?”

“Saja kacau kau tengok TV. Tengok cerita apa?”

“Hoi, itu je?! Dasar dengki. Dah2, aku nak tengok TV nie! Bye.”


Terdengar gelak jahat Flash sebelum Fi letak ganggang telefon rumahnya. Sempat juga Fi jenguk sekali lagi kat padang depan rumahnya nak tengok si dengki Flash. Kelihatan Flash tengah mengunyah pisang goreng sambil kakinya menahan bumi sambil menunggang basikal keluarganya sambil tersengih jahat. Fi buat muka. Dasar dengki. Sanggup ni datang semata2 nak kacau.

Setengah jam kemudian Feroq dan Fuzz datang ke rumah Fi unannounce dan ‘menculiknya’ tanpa sempat Fi memakai seliper. Mereka membawanya dari rumahnya ke area rumah diaorang untuk lepak dan main snooker. Sudahnya terlepas jugak Fi tengok cerita bersiri Jepunnya. Geram.

“Woi!” jerit Fi dalam kereta Kancil putih Feroq bila dia sedar plan jahat Feroq dan Fuzz.

LIST #5 : 25 top tips to a fantabulous Twenty10: PART II

By H&M Magazine: Winter 2009



13. Record the sound of the summer and play it in your iPod in the dark months


14. “Wear a fabulous smile, great jewellery and know that you are totally and utterly in control” Donatella Versace, designer




15. Find a nu favourite song


16. Wear glittery eye shadow on a rainy Tuesday.




17. “Happiness is a state of mind; joy is a state of heart. I prefer joyElle Macpherson, supermodel.

18. When in doubt – always dress up.


19. “Express yourself through your fashion and your nails” Sophy Robson, celeb manicurist.




20. Do things that scare you every once in a while – for the endorphin kick and the sense of pride afterwards.



21. “Eat healthy, exercise regularly and listen to really good music” Perez Hilton, blogger.
(hey it’s in finkelberry.blogspot.com 2010 resolutions!)+(tips available @ Top Weight Loss Foods for 2010, also coming soon plus many more)



22. Think harder. No, harder than that!



22. If nobody buys you flowers – buy them for yourself.


24. “Be at least as interested in what goes on inside of you as what happens outside. If you get the inside right, the outside will fall into place” Eckhart Tolle, spiritual guru.

25. Be kind.
E N J O Y !

Tuesday, January 26, 2010

kesah ADEQ LAHAR ke MIDVALLEY

Adeq pergi Midvalley minggu lepas sebab nak gie tengok wayang dengan kawan adeq. Die kerja kat Bangsar so die ajak adeq tengok wayang lepas die abis kerja. Pastu boleh balik sekali sebab rumah die dekat dengan rumah adeq. Oklah adeq kata. No problem.




Sambil2 tunggu die habis kerja adeq pergilah makan and beli dulu tiket wayang. Pastu banyak masa lagi, apalagi adeq pon pergilah window shopping jap. Masuk TOPSHOP, belek2 bag kat sana. Adeq try satu bag nie. Cantik. Pastu jalan2 lagi dalam TOPSHOP tue tengok2 benda lain. Lebeh kurang 15 minit lepas tue adik masih lagi dalam TOPSHOP tue. Adeq gie belek2 bahagian accesories plak. Lintas satu cermin tinggi kat situ, tiba2 adeq rasa pelik. Eh, saper punya nie?


Rupa2nya masa adeq dok belek2 bag cantik tadi, then adeq try bag tue kat bahu adeq, adeq terlupa nak letak balik kat rak die. Aku dok lah jalan sana sini bawak bag cantik tue. Feeling2 aku punya. Nasib baik tak keluar kedai lagi. Kalau tak mesti kena tangkap shoplifting. Adeq pandang kanan kiri. Eh mana bag aku. Baru teringat adeq sangkut kat penyangkut tempat bag TOPSHOP tue. Konfident!



Kelam kabut gie ambik bag adeq. Kalau cantik bag tue nak di-display2 takper jugak. MALU UALLL!!!!!!! Adeq buat2 macam takde saper nampak. Pastu apa lagi. Keluarlah kedai!



Itu satu hal. Lepas dah tengok wayang ada satu cerita lagi nie. Adeq pergi toilet. Buang2 apa yang patut. Gie depan cermin. Touch up2 sket. Betulkan baju yang adeq pakai. Adeq tuck in baju adeq, so adeq betul2kan part2 yang dah selebet. Tengah2 adeq betulkan baju tiba2 mamat bangla yang jaga toilet tue datang kat adeq and betulkan baju adeq belah belakang. HA?????


Die keluarkan sket baju adeq yang adeq tuck in. Pastu kemaskan sket lagi. OK.... memang tindakan die baik and mulia TAPI CREEPY-NYA! Skang nie memang service toilet camtu ker?



Tak kesahlah adeq tetap TAK SUKA!!!!!!! Menakutkan!!!! MOTIP!!!!!

ADEQ LAHAR dalam "Makcik, adeq JEJAN OKay!!!"

Uall, uall...adeq tak sanggup nak cerita kesah lahar yang menimpa adeq baru2 nie. Baru ker? Agak lama actually. Dah menyimpan hajat nak melahar bersama2 lama dah sejak kesah persetan nie jadi. Maka sekarang adeq ingin menceritakan kesah yang menyebabkan adeq dah tak boleh ke satu kedai nie selamanya. (TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!)

Kesah terjadi disalah sebuah kedai makan Kelantan di area rumah adeq. Adeq lapar satu petang and kedai nie ada jual cucur sayur yang sangat sedap. Ditambah pulak dengan kuahnya yang mantap menjilat kaki.



So, adik pon pergilah kedai nie. Masa adeq tiba takde saper kat area cucur nie dijual. So, adeq pon usha2 dulu makanan2 lain yang dijual. Nak dijadikan cerita tiba2 adeq terdengar suara akak yang biasanya jual kuih2 kat situ,


“abe, nak gapo bey?”


Adeq pon menoleh lalu, “akak nak nie dua ringgit” tanpa mahu bercakap loghat kelate jugak.


Uall tau apa akak tadi tue cakap lepas tue?


Akak tue mintak maaf. Dia kata, Sori, sori salah. Nak yang nie kan.”


Adeq macam pelik. Kenapa akak tue mintak maaf. Rasanya die tak silap ape. Adeq pon balik rumah dengan kepala serabut memikirkan pasal kenapa makcik tue mintak maaf sambil makan cucur2 tue.


Sampai2 kat rumah, adeq terus basuh tangan yang selemuih dengan sos cucur sayur yang tertumpah2. Sambil2 lalu kat toilet tue adeq jengah2lah kat cermin. Nak touch up lah konon. Tiba2 adeq ternampak rambut baru adeq yang adeq baru potong SENDIRI satu malam nie sebab terasa nak potong. Memang buruk nak mampos lah kan adeq potong sendiri rambut tue. Dah macam pengkid pon ada muka adeq waktu tue. Eh, jap! Macam pengkid?

TIDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAK!



Mesti makcik tadi ingat aku pompuan berambut pendek, mesti die ingat adeq pengkid. Tue yang die mintak maaf sebab b4 that die panggil adeq ‘ABE’. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Malunya aku!


Sejak dari itu adeq tidak lagi ke kedai itu. Dan esoknya adeq terus gie saloon and perbaik potongan rambut adeq. Adeq tidak lagi ke kedai cucur sayur tue kalau adeq rasa muka dan rambut adeq tidak semenggah.

Makcik, adeq JEJAN OKay!!!

FILM #5 : LEGION


SAMPAH!
Jangan tengok. Seriously. Nasib baik ade scene old lady bitch merangkak atas syiling yang menghiburkan [hahahaha] plus scene lawan kejap Gabriel dengan Michael plus scene Gabriel + Michael steamy moment...
Selain tue bara bara bara...boring. dahlah banyak cakap. Adeq rasa cerita die punya moral/motip nak suruh manusia jadi hati suci [masa Jeep tanya Michael kenapa die tak geng dgn malaikat] and suruh kita berfikir tentang isi tersurat sesuatu perkara [bila Gabriel salah tafsir message Him].
Pelik adeq kenapa pelakon2 A lister banyak yang berlakon cerita nie.
MENYESAL!