“Eh, jap. Korang tak nak culik Flash sekali ke?” tanya Fi bila sedar derang dah kat highway.
“Takmo. Dia susah sikit nak culik. Tak fun and dia ada curve few kan. Takkan nak patah balik malam karang semata2 nak hantar dia. Jauh oo. Minyak and tol mahal tau.”
“Habis tue aku nie tak payah balik rumah ke?”
“Kau takpe. Boleh tidur rumah kitaorang kan? Kau nak tidur rumah sapa hari nie, Feroq ke aku?”
“Hahaha... Sedap hati korang je kan!”
“Alah, kau jugak yang cakap kami main snooker tak ajak kaulah. Kami keluar kami jelah. Asyik2 nak emo jer. So, kami culiklah kau. Senang. Boleh keluar sekali.”
“Fine. Tapi perlulahkan tak menyempat-nyempat bagi aku ambik seliper!”
Terdengar gelak besar kat bahagian depan kereta Kancil lama yang 2 minggu sebelum ni pernah dirompak. Habis hilang semua barang dan accessory dalam kereta termasuk radio. Lama jugaklah takde hiburan dalam Kancil putih tu.
Defininasi kedai mamak bagi rakan2 dalam Kancil putih ini senang; kedai makan murah tapi boleh lepak selama mungkin. Bagi memastikan macha atau boss, itu selalunya nama yang dipanggil untuk mamak2 ni, tak marah or giving them a double standard look sebab lepak lama sangat walaupun mereka juga bayar untuk apa mereka makan dan minum, Fi dan kawan2nya akan memastikan sekurang2nya satu gelas air masih berisi meskipun hanya ais kosong. Nak sedapkan hati semua pihak, termasuklah Fi dan kawan2nya. Supaya waktu lepak dan bersembang boleh berterusan lama. Konsep at least ada ais kosong ini juga bagi memastikan rasa bersalah dan pressure yang dihadapi oleh Fi tak membuak2.
Kalau ada kat Shah Alam, kedai mamak yang dituju mestilah Restoren De’ Ehsan sebab antara banyak2 kedai mamak kat area rumah Fi, kedai mamak ni paling sedap. Tapi nak diingatkan kat sini komen ini hanya sesuai bagi tahun cerita ini berlaku, iaitu sekitar tahun 2002. Sekarang ni Restoren De’ Ehsan dah tak sehebat dulu lagi. Banyak lagi kedai mamak yang sedap makanannya terutama kuah kari dan dalnya. Dan dengan kemunculan kedai mamak terbaru lagi mewah, Radi Bistro betul2 dekat dengan kolej student tu, memang agak terkapai2lah Restoren De’ Ehsan nak kekal sebagai yang terulung seperti dulu. Kalau Radi Bistro tutup sekali pun baiklah pergi ke kedai mamak Impian, lagi mantap, kata Fi dan kawan2nya.
Kalau kat Sri Rampai pulak, ada satu kedai mamak nie yang selalu dikunjungi oleh Fi dan kawan2nya kalau ada kat area tu. Nama dia Mantap Curry House. Feroq and Fuzz lah yang introduce kedai ni sebab diaorang yang selalu lepak kat kedai ni sebab dekat dengan rumah Fuzz. Selain dekat dengan rumah Fuzz, kedai ni jugak dekat dengan pusat snooker yang Feroq dan Fuzz selalu pergi. Tapi sebab yang paling utama kenapa Feroq dan Fuzz selalu pergi kedai mamak tu ialah kerana kat kedai mamak tu dia orang boleh baca surat khabar free sambil makan dan minum.
Kedai mamak tu.... “Eh, kejap2. Boleh baca paper free?” “Ha a”. Itu yang dikatakan oleh Feroq dan Fuzz lah. Dan selama itu jugaklah Fi dan Flash mati2 percaya akan fatwa tu. Sebab selama Fi dan Flash pergi ke kedai tu, selama tu jugaklah dia orang ‘diajar’ agar berbuat demikian. Yang mana beberapa tahun selepas itu baru Fuzz dan Feroq beritahu dia orang pun tak pasti boleh ke tidak buat camtu sambil gelak besar mengenang cerita silam tu. “Dah lah ambik kat depan kedai tu yang ntah ya ntah tidak Mantap Curry House yang jual paper2 tue, pastu dah baca tak reti buka and baca elok2 pulak tue. Baca macam kita punya pulak. Pastu tinggal je kat atas meja macam tak bersalah!” Gelak ketawa lagi. “Kalau lah hidup korang tak aman tenteram besar nanti, tahu lah kenapa. Kena sujud mintak ampun kat macha2 kat Mantap Curry House tue!” Gelak ketawa berderai2 lagi. Lebih2 lagi si Fuzz. Hilang ilmu, bisik Flash dalam hati.
“Nak buat apa lepas nie?” tanya Fi.
“Ntah. Tak fikir lagi part tu. Ingat nak culik je!”
Gelak campur sumpah seranah dalam kereta.
“Minum petang dulu”, ayat tanya pendapat pada masa sama memberikan perintah mesti ikut dengan nada suara serius dari Feroq.
Fi tengok Fuzz. Fuzz tengok Fi. Gelak lagi.
“Ok!” dengan nada mengejek serentak Fi dan Fuzz.
Gelak sambil “Cam haram!” dari Feroq.
Lebih kurang sejam kemudian sampai jugak kereta Kancil putih tu kat Sri Rampai yang dipandu oleh Feroq. Fi mengeluh sebab traffic jam yang amat teruk. Nasib baik hujan; terpaksa tutup tingkap, so sejuk. Kalau panas terik tadi memang bahana lah sebab demi menjimatkan minyak, taktik budak2 lepas SPM takde duit, mereka terpaksa buka tingkap kereta. Beberapa tahun kemudian baru mereka terbaca yang bahawasanya membuka tingkap lebih memakan minyak dari pakai aircond. Sadis.
Setiba je dekat pintu masuk Mantap Curry House tangan Feroq dah mencapai STAR hari ni dan membacanya sambil jalan ke arah meja yang kosong. Sorang macha datang ambik order.
“Teh ais”
“Limau ais”
“Teh tarik. Makan nanti dulu.”
Macha berlalu.
“Kau tak baca lagi ke paper hari ni?” jeling Fi kat Feroq.
“Dah. Saje je nak baca lagi.”
Maka dengan kerana saja itu lah satu lagi surat khabar kat Mantap Curry House renyuk, tak disusun kemas macam belum dibaca, kotor terkena kari kepala ikan serta ditinggalkan atas meja begitu saja.
Maka dengan kerana saja itu lah satu lagi surat khabar kat Mantap Curry House renyuk, tak disusun kemas macam belum dibaca, kotor terkena kari kepala ikan serta ditinggalkan atas meja begitu saja.
baca cerita awak..saya teringat kawan sekelas saya dulu suka menulis novel korea dalam kelas..sungguh menghiburkan*wink*
ReplyDeleteakak palat jangan nak bersembunyi disebalik nama samaran!
ReplyDelete