Thursday, January 21, 2010

GENG KANCIL PUTEH Chapter 1; LAPAR


Rabu. Hari yang menyajikan harga tiket wayang rendah berbanding hari2 lain. Suka. Terutama kepada student-student baru lepas SPM. Nak kerja MALAS. Nak kerja MAK BAPAK TAK KASIK. Nak kerja? PERNAH, TAPI BOSS GARANG SANGAT, I QUIT. Nak kerja? BANGUN PAGI PON LAMBAT! Maka dengan apa sahaja sumber kewangan yang ada, ianya amat berharga. Tak kesahlah duit dekat washing machine yang ayah letak sebab nak kosongkan kocek seluar ke atau duit baki lepas mak suruh beli susu pekat kat supermarket ke duit tabung yang masih ada ke atau lebihan duit raya dalam sampul yang tak perasan ke atau dalam mangkuk duit syiling atas meja dekat almari pinggan mangkuk, semua boleh. Kalau sumber2 semulajadi nie dah takde apalagi, “Mak, nak duit sikit boleh?”, dengan muka mengharap yang amat sangat.

Fi terbangun bila dengar suara bising kat tingkat bawah rumahnya. Bunyi TV yang kuat campur suara maknya yang boleh didengari sekurang2nya 1,2 rumah dari rumahnya. Ditelitinya suara yang bising dari bawah, Fi dapat dengar suara Cik Nor berselang2 dengan suara mak. Alah, Cik Nor ada pulak. Mulut lahar ada kat bawah. Lapar. Itu yang dia fikir sebaik bangun dari tidur tadi. Tak bolehlah aku makan selagi mulut lahar tue ada. Karang dia lazer kat jiran tetangga, aku bangun2 je dari tidur dengan rambut ala2 sarang tebuan, muka tak semenggah, taik mata dah keras kat tepi mata, air liur kering tepi mulut terus makan. Dah macam dibayar gaji pulak Cik Nor nie nak pergi melaharkan orang2 lain kat area rumah aku nie. Ada sekali tue tengah2 azan Asar nie pon dia boleh melaharkan orang sebelah rumah dia. Dengan itu Fi memutuskan untuk sanggup tunggu sampai mulut lahar tue pergi sebelum makan kat bawah. Perut dah lapar, bau makanan dah menusuk2 hidungnya. Damn u mulut lahar!

Tersembam tidur balik lepas bangun sembahyang subuh tadi, Feroq memang sedap tidur dalam biliknya. Dengan aircond dan sunyi sepi rumahnya campur pulak malam semalam bergayut dengan Fiza sampai 4 pagi memang sedaplahkan dia tidur. Bibik yang datang bilik Feroq nak dikejutkan makan pon tak sampai hati bila tengok sedapnya Feroq tidur. Siap berdengkur nie. Macamlah penat sangat dia bergayut semalam. Bukannya dia berlari pun sambil telefon semalam, baring atas katil jer pon. Adik beradik yang lain dah pergi sekolah, Ummi dan Wahidnya pulak dah pergi kerja; tiada gangguan. Tepat jam 1 tengahari, terdengar akhirnya Bibik mengejut juga Feroq bangun tidur. Ada apa Bik? Pergi ambik adik kamu di sekolah, sudah tengahari ini. Dah tengahari? Tanya Feroq perlahan sendirian. Lapar.

KokoCrunch dan susu untuk breakfast sambil tengok StarSports. Menjerit2 sorang2 depan TV sambil diperhatikan oleh 2 orang makciknya. “Arm, tengok rerun ke?” “Ha a”. Geleng Makcik A sambil disahut Makcik B, “Tengoklah 14 kali pon Arm oi, Liverpool tetap kalah jugak”, sambil ketawa jahat. Geram Arman atau selalunya Flash; dari Flashman dikalangan kawan2 sekolahnya, tetap menjawab kata2 lahar makciknya itu tapi makciknya dah pon keluar rumah untuk pergi kerja. Cakap sorang2 rupanya aku. Teringat yang ayahnya ada pesan agar dia pergi ke rumah pakciknya, dia pon cepat2 tutup TV dan kipas ruang tamu rumahnya sambil jerit, “Dy, Arm pergi rumah Pak Cu kejap tau” “Ok” ringkas Andy, adiknya. Flash mengambil keputusan untuk jalan jer pergi rumah Pak Cunya sebab bukan jauh sangat pon, 10 minit jalan aje. Sampai je rumah Pak Cunya dia terbau orang tengah memasak. Sedapnya bau. Tiba2 Flash rasa lapar pulak meskipon baru je lepas breakfast tadi.

Fuzz bangun dari tidur dan terus tengok jam kat biliknya. 11.35 pagi. Takkan malam, cerah semacam jer. Maksudnya mummy dan daddynya dah pergi kerja. Pelik, selalunya mummy sebuk kejut aku bangun pagi. Entah2 yang tadi tue bukan mimpi. Aku ingatkan mimpi. Betullah mummy ada datang kejut. Laparlah pulak. Tapi malas nak bangun and keluar beli makan. Macam2 berlegar2 dalam kepala Fuzz sambil baring atas katilnya. Apa nak makan, kat mana nak beli, bestnya movie yang dia tengok malam semalam, kalau dia nak makan nasi berlauk jauh pulak nak kena jalan, ada tak mummy daddy tinggal duit, berapa kalau ada. Sebab terpikir seronoknya dapat duit, dia gagahkan jugak bangun dari katil dan turun ke tingkat bawah rumah sebab nak tengok berapa mummy dia kasik hari nie. RM15 je? Baru ingat nak beli rokok sekali. Mana cukup nie. Perut berbunyi, laparnya.

Telefon berbunyi. Kedengaran bunyi orang menjawapnya. Sebentar kemudian, “Fi, telepon!” jerit mak.

“Fi ke Ri mak?”
“Qhafi!”.

Menjejet2 Fi bangun dengan malasnya tapi kegembiraan. Jadilah keluar tengok wayang hari nie. Yea!

“Hello”

“Wei, tengok wayang jom?”

“Kat mana?”

“MidValley kot. Nak ambik korang lagi”

“Ok, ok. MidValley hari nie RM6 je satu tiket. Pukul berapa nak keluar?”

“2 lebih kot. Feroq nak kena ambik adik dia kat sekolah dulu”

“Sekarang pukul 12 lebih...Ok lah. Nak aku bagitau Flash ke?”

“Ha lah. Dia kan bestprend ko... Hahahaha” dengan nada mengejek.

“P*****k hang!”

“Ok lah, jumpa petang karang”

“Ok. Pukul 2 kan”

“Ha a”

Lebih kurang pukul 2 lebih terpampam kereta Kancil putih depan rumah Fi.
Sangat!
Bukan pukul 2 lebih tapi 5 lebih.
Mereka hanya pergi minum petang sebab dah lambat sangat dan dah takde mood nak pergi tengok wayang, or at least for Fi and Flash it was.
Dan makan berkeping2 roti canai sekali sebab agaknya makanan yang derang semua makan time lunch tadi dah hadam. Katanya.
Lapar.

2 comments:

  1. i need more!!!!!!!!!!!!!!! new entreeeeeeeeee pleaseeee

    ReplyDelete

ha,nak LAHAR lah tue!